This short message is translated from the 4th Chapter of Edmund Chan's book "Growing deep in God" - Integrating theology & prayer.
"Ibrani 1:1-3 "Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya"
Yang paling penting di dalam Berita Baik adalah Yesus. Tanpa Yesus kita tidak dapat membawa doa kita kepada Bapa. Tanpa Yesus kita tidak dapat berada di sisi Bapa. Tanpa Yesus doa kita hanyalah kata-kata kosong yang tidak menpunyai kuasa lansung. Tanpa Yesus doa kita hanyalah aksi mekanikal sehaja.
Yesus dapat menunaikan 3 perkara penting di dalam hidup rohani kita:
1. Tuhan menjadi manusia seperti kita (Revelation)
2. Tuhan menjadi penyelamat kita (Restoration)
3. Tuhan menyatukan kita dengan diri-Nya sendiri (Reconciliation)
Dalam Perjanjian Lama (Old Testament) orang-orang Ibrani menganggap perkara-perkara berikut amat penting:
1. Perjanjian-perjanjian Tuhan (Covenants)
2. Tabut Perjanjian (Tabernacle)
3. Korban-korban binatang (Sacrifices)
Di dalam Perjanjian Baru telah menjadi ketara bahawa ketiga-tiga perkara di atas telah muncul dalam Yesus Kristus di dalam buku Ibrani.
1. Yesus adalah Perjanjian Tuhan yang Terulung (Ultimate Covenant)
Perjanjian lama tidak mampu di taati manusia. Tetepi kemunculan Yesus Kristus dengan pembawaan perjanjian baru (New Covenant) dapat menolong kita mentaati perjanjian lama kerana pemberian kasih karunia-Nya yang melimpah-limpah. (Ibrani 8)
2. Yesus adalah Tabut Perjanjian yang tidak dibuat dengan tangan (Ultimate Tabernacle)
Perhubungan kita dengan Tuhan Allah dapat mencapai tahap yang lebih mendalam & erat kerana Yesus adalah Tabut Perjanjian Tuhan yang tidak dibuat dengan tangan manusia tetapi hanya dengan tangan Tuhan. Yesus di dalam kita & kita di dalam Yesus memastikan bahawa kita senantiasa bersama dengan Bapa. Yesus di dalam hati kita bermakna kita menjadi Tabut Perjanjian Tuhan yang terulung juga! (Ibrani 9)
3. Yesus adalah korban yang Terulung (Ultimate sacrifices)
Tak payahlah kita mengorbankan binatang-binatang supaya dapat mendekati Tuhan. Yesus adalah pengorbanan Tuhan yang terulung. (Ibrani 10) Tak payahlah kita mengorbankan binatang-binatang lagi sepertai dalam perjanjian lama kerana Yesus adalah pengorbananan Tuhan untuk segala dosa kita.
Jelaslah sekali bahawa perhubungan erat & rapat kami dengan Bapa hanyalah menjadi dengan adanya Yesus Kristus di dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment