Sememangnya Kornelius bukan Yahudi tetapi seorang 'Gentile'. Namun demikian dia merupakan seorang yang:
- takut akan Allah (fear God)
- meyembah Allah (worship God)
- menolong orang Yahudi yang miskin
- sentiasa berdoa kepada Allah
Sedarlah juga saya bahawa doa kita harus diikuti dengan perbuatan-perbuatan kebajikan yang baik. Ini bermakna bahawa jikalau kita hanya berdoa saja tanpa membuat perkara-perkara yang manfaat kepada masyarakat & keluarga doa kita mungkin tidak efektif.
Namun bukan sehaja perbuatan-perbuatan kebajikan tetapi juga pertuturan & kelakuan kita harus penuh dengan kebenaran & keadilan.
Seperti kata Petrus di ayat 35 "Sesiapa yang menghormati Allah dan berbuat apa yang benar, diterima oleh Allah, walau apa pun bangsanya"
Kornelius seorang yang sering berdoa. Kornelius juga seorang yang murah hati & berbakti kepada golongan miskin. Tetapi Kornelius belum lagi menerima Yesus sebagai penyelamatnya.
Semasa dia berdoa di rumahnya malaikat menjelma di depannya & bercakap "Doamu dan kemurahan hatimu sudah diterima oleh Allah dan Allah mengabulkan doamu" Kisah Rasul-Rasul 10:4.
Malaikat telah memberi arahan kepada Kornelius untuk menemu dengan Petrus di Joppa. Petrus telah di bawa ke rumah Kornelius di mana perkhabaran Berita Baik telah dihujahkannya kepada seisi keluarga Kornelius, jiran & rakan-rakannya.
Ayat 44 "Sementara Petrus berkata-kata, Roh Allah turun dan menguasai semua orang yang mendengar perkhabaran itu"
Ayat 47 "Lihatlah, semua orang ini sudah menerima Roh Allah seperti kita. Bolehkah sesaipa menghalangi mereka dibaptis dengan air?"
Maka semua kelurga, jiran & rakan-rakan Kornelius dibaptis dengan air selepas dibaptis dengan Roh Kudus.
Apakah pengajaran doa di sini?
1. Doa kita harus disokongi hati yang murah & murni
2. Doa kita harus disokongi tingkahlaku, pemikiran & pertuturan yang benar & adil terhadap orang ramai terutamanya jikalau kita merupakan pemimpin keluarga, gereja & masyarakat. Dalam hal ini saya rasa bahawa adakalanya saya telah gagal. Walaupun banyak berdoa di pejabat namun kelakuan & percakapan saya terhadap pihak atasan & pihak bahawan kadangkalanya amat pahit & penuh dengan benci. "Ya Tuhan....maafkanlah saya kerana dosa ini..."
3. Kita harus berdoa sehingga doa kita didengar Tuhan
4. Roh Kudus ialah Roh Tuhan yang hanya diberikan kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus sehaja
5. Pembaptisan Roh Kudus boleh berlaku sebelum pembaptisan air.
No comments:
Post a Comment