Tuesday, November 6, 2012

Bagaimana hidup tanpa menderita - Yohanes 16:33

Yohanes 16:33 "Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"

John 16:33 "I have told you all this so that you may have peace in me. Here on earth you will have many trials and sorrows. But take heart, because I have overcome the world" NLT

Bila membaca ayat ini, persoalan timbul di fikiran saya "Adakah dunia ini musuhku? Kenapa Yesus kata Dia telah mengalahkan dunia? Jika betul dunia ini musuhku maka ia harusnya dikalahkan seperti yang dikatakan Yesus dalam ayat ini"

Memang betul kata-kata Yesus. Dunia ini bagaikan "musuh" kerana masalah, kesusahan & penderitaan yang bermacam-macam.

Walaupun boleh dikatakan hidup saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini bertambah baik kerana dapat menjelajah ke beberapa buah negara di Eropah, tetapi bila balik ke Malaysia - masalah tidak bertukar bentuk, masalah tetap masalah, susah tetapnya susah, derita tetapnya derita.

Apakah penderitaan hidup saya ini?

- menyara keluarga seorang diri dengan kos hidup yang meningkat naik
- menyara ibu saya yang uzur dengan elaun bulanan & kos ubat-ubatan
- kerja yang banyak tekanan
- di perli & di peras oleh pihak atasan samada di pejabat atau di luar pejabat
- semasa muda tidak berpeluang langsung menjaga anak-anak saya di rumah seperti seorang suri rumahtangga. Perkara ini amat menyakiti hati kerana keadaan kewangan tidak memberi saya peluang sebegini.
- di salah-fahami akibat kata-kata & perbuatan yang tidak disengajakan
- tekanan emosi kerana menerima layanan yang kurang adil berbanding dengan orang lain....

Mungkin banyak lagi yang boleh merupakan penderitaan hidup saya.

Tetapi setiap hari oleh kerana saya boleh bangun awal pada pukul 6 pagi, sempat membaca Kitab Suci, sempat berdoa & mendengar nyanyian lagu sembahan kepada Tuhan sebelum ke tempat kerja.....saya rasa seolah-olah saya berada selalu di pelukan & pangkuan Tuhan yang amat mengasihi & menyayangi saya.

Adakalanya saya rasa bahawa Dia amat memahami penderitaan saya dalam hidup ini....

Saat-saat itulah saya merasai kesejahteraan, keamanan & ketenangan jiwa yang amat mendalam. Ia semata-mata laut yang bergelora tiada lagi bergelora. Semuanya aman damai.

Hanya satu cara untuk memperolehinya....iaitu mencari pelukan Roh Kudus semasa membaca Kitab, berdoa & menyembahnya. Betapa pentingnya saat-saat bersama Roh Kudus setiap hari. Saya tidak dapat mengalahkan penderitaan dunia ini tanpa belaian & kasih sayangnya.

Terima kasih Bapa kerana cintamu yang melimpah-limpah & tiada bersyarat.

Hati saya ditabahkan setiap hari kerana Yesus telah berjaya mengalahkan dunia!

Amin.



No comments:

Post a Comment