The following series of messages will be summarized and translated from Edmund Chan's book of "Growing deeper in prayer". This book contains many precious lessons on prayer and aims to "integrate theology and prayer".
"Dalam Lukas 11:13 Yesus berkata kepada pengikut-Nya "Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa di syarga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang minta daripada Bapa!"
Dalam Lukas 11:1 pengikut-pengikut Yesus telah menanyakan-Nya tentang cara berdoa. Yesus telah memberikan ajaran tentang "Doa Tuhan" (the Lord's Prayer). Selain daripada itu Dia juga telah memceritakan tentang penting-Nya berdoa dengan penuh keberanian & ketabahan.
Tetapi yang paling menonjol sekali ialah ayat 13 di mana Yesus telah menceritakan tentang pentingnya peranan yang dimainkan oleh Roh Kudus semasa kita berdoa. Roh Kudus bukannya sesuatu formula, corak ataupun sesuatu teori. Dia merupakan Tuhan!
Dalam ayat ini Yesus menyebut tentang kuasa Tuhan yang dapat menolong kita berdoa dengan kuasa-Nya. Yesus sememangnya berkata kepada pengikut-pengikutNya "Roh Kudus bukan suatu corak berdoa. Dia adalah personaliti yang kamu perlu untuk betul-betul berdoa. Hanya Dialah seorang yang boleh memberikan kamu kuasa berdoa yang hebat!"
Tanpa pertolongan Roh Kudus untuk berdoa, doa-doa kita hanya merupakan kata-kata sehaja tetapi bila dikurnia Roh Kudus, doa-doa kita betul-betul merupakan doa yang didengari oleh Bapa Tuhan!
Jadi ajaran Yesus di sini ialah apakah yang paling "lebih-lebih lagi" (what is the 'so much more') yang Tuhan dapat berikan kepada kita?
Ia merupakan Roh Kudus yang datang daripada Bapa:
- kurniaan yang terutama
- kurniaan yang pertama yang harus kita minta daripada Bapa
- kurniaan yang paling membawa manfaat kepada kita
- kurniaan yang paling penting di dalam hidup kita ini
- tanpa pertolongan-Nya doa kita hanya merupakan kata-kata kosong
- dengan pertolongan-Nya segala doa kita pasti direstui Bapa!
Beginilah cara kita harus berdoa "Ya...Bapa Tuhan berikanlah kepada kami kuasa Roh-Mu yang dapat menolong kita berdoa dengan kuasa Tuhan yang hebat & berwibawa!"
No comments:
Post a Comment