Friday, November 23, 2012

All things

This devotional is written by Asher Intrater of the Messianic Jew website "Revive Israel"
 
"Our faith in God is more than a philosophy; it is a way of life. Our biblical world-view gives us a confident and optimistic attitude despite ever-worsening conditions around us.
 
1. All things work for good
 
Romans 8:28
All things work together for good to those who love God.
One of the daughters of a family in our congregation who had left the faith became upset by the recent rocket attacks and turned her life back to the Lord. Even the difficulties in the Middle East are part of a long, patient process from God to soften the hearts of our people and to create faith and moral courage within us.
 
2. Give thanks for all things
 
Ephesians 5:20
Giving thanks always for all things to God the Father
I Thessalonians 5:18
Give thanks in all things
Giving thanks involves opening our mouths to say something. In Hebrew it is the same root as confess or declare. We give thanks to the Lord for He is good (Psalm 136:1-3). This involves our prayers. If we pray and believe that we receive (Mark 11:23), then we give thanks while we pray. If we pray without giving thanks, then we are praying without believing that we receive. That kind of prayer may just be an exercise of worry and anxiety, which doesn't do any good, and may even make the situation worse.
 
3. In all things pray
 
Philippians 4:6
Be anxious for nothing, but in all things by prayer and supplication, with thanksgiving, let your requests be known to God.
By faith, we can obey God, being confident that He rewards those who diligently seek to do His will (Hebrews 11:6). Thus we can do anything with a positive attitude.
 
4. Do all things without complaining
 
Philippians 2:14
Do all things without complaining and arguing.
We read this verse aloud in one of our staff meetings, and joked that it sounded like a Gentile Christian insertion in the text. It seems that part of our Jewish culture is to complain and argue about everything - it's like our "national sport." Is it possible to do things without complaining!? - without arguing!? Yes, we can, by faith.
 
5. Do all things with all our heart for the Lord's sake
 
Colossians 3:23
Everything you do, do it with all your heart, for the Lord's sake and not for the sake of men.
By faith in Yeshua and the power of His crucifixion and resurrection, we can do all things with enthusiasm and energy. Even when the situation is horrible and totally against our will, as it was for Yeshua at Gethsemane, we can pray that not our will be done, but His. Then His will becomes our will, and we can do it with all our inner strength and focus."

Monday, November 19, 2012

Tidak segan untuk terus-menerus meminta

Lukas 11:5-7 "Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya, Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, 'Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak menpunyai makanan untuk dia! Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, 'Janganlah susahkan aku! Pintu sudah di kunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu'

Ayat 8 - "Yesus berkata, 'Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan"

Cerita tentang doa ini agak menarik. Apakah rasanya tujuan Yesus menceritakan cerita sebegini berkenaan doa?

Empat prinsip menonjol dari dalam cerita ini:

1. Berdoa dengan tidak segan - bila di khalayak ramai adakalanya kita ini segan bercakap & segan berinteraksi tetapi biar jangan kita segan bila di depan Tuhan semasa berdoa.

2. Berdoa dengan terus menerus - berapa kali diminitanya roti? Kita tidak diberitahu. Tetapi nampaknya permintaan untuk roti bukan sehaja dibuat satu kali tetapi banyak kali sehingga kawannya terpaksa bangun untuk menunaikan permintaaannya.

3. Berdoa dengan khusus - kawan ini meminta 3 ketul roti. Berapa yang kita akan minta daripada Tuhan untuk orang-orang yang belum mengenal Yesus?

4. Berdoa bila-bila masa - kawan ini datang pada waktu malam. Sanggupkah kita ini berdoa sampai berlarutan malam?


Monday, November 12, 2012

Cerita Kornelius

Kisah Rasul-Rasul Bab 10 menceritakan tentang seorang kapten pasukan tentera Roma bernama Kornelius.

Sememangnya Kornelius bukan Yahudi tetapi seorang 'Gentile'. Namun demikian dia merupakan seorang yang:

  • takut akan Allah (fear God)
  • meyembah Allah (worship God)
  • menolong orang Yahudi yang miskin
  • sentiasa berdoa kepada Allah
Cerita Kornelius amat memerangsangkan. Saya menyedari bahawa jikalau seseorang itu tidak mengenal Kristus tetapi menpunyai hati nurani yang murni yang senantiasa mementingkan tingkahlaku yang baik serta mencari Tuhan Allah yang benar,  Allah pasti akan menjelma di sisinya.

Sedarlah juga saya bahawa doa kita harus diikuti dengan perbuatan-perbuatan kebajikan yang baik. Ini bermakna bahawa jikalau kita hanya berdoa saja tanpa membuat perkara-perkara yang manfaat kepada masyarakat & keluarga doa kita mungkin tidak efektif.

Namun bukan sehaja perbuatan-perbuatan kebajikan tetapi juga pertuturan & kelakuan kita harus penuh dengan kebenaran & keadilan.

Seperti kata Petrus di ayat 35 "Sesiapa yang menghormati Allah dan berbuat apa yang benar, diterima oleh Allah, walau apa pun bangsanya"

Kornelius seorang yang sering berdoa. Kornelius juga seorang yang murah hati & berbakti kepada golongan miskin. Tetapi Kornelius belum lagi menerima Yesus sebagai penyelamatnya.

Semasa dia berdoa di rumahnya malaikat menjelma di depannya & bercakap "Doamu dan kemurahan hatimu sudah diterima oleh Allah dan Allah mengabulkan doamu" Kisah Rasul-Rasul 10:4.

Malaikat telah memberi arahan kepada Kornelius untuk menemu dengan Petrus di Joppa.  Petrus telah di bawa ke rumah Kornelius di mana perkhabaran Berita Baik telah dihujahkannya kepada seisi keluarga Kornelius, jiran & rakan-rakannya.

Ayat 44 "Sementara Petrus berkata-kata, Roh Allah turun dan menguasai semua orang yang mendengar perkhabaran itu"

Ayat 47 "Lihatlah, semua orang ini sudah menerima Roh Allah seperti kita. Bolehkah sesaipa menghalangi mereka dibaptis dengan air?"

Maka semua kelurga, jiran & rakan-rakan Kornelius dibaptis dengan air selepas dibaptis dengan Roh Kudus.

Apakah pengajaran doa di sini?

1. Doa kita harus disokongi hati yang murah & murni
2. Doa kita harus disokongi tingkahlaku, pemikiran & pertuturan yang benar & adil terhadap orang ramai terutamanya jikalau kita merupakan pemimpin keluarga, gereja & masyarakat. Dalam hal ini saya rasa bahawa adakalanya saya telah gagal. Walaupun banyak berdoa di pejabat namun kelakuan & percakapan saya terhadap pihak atasan & pihak bahawan kadangkalanya amat pahit & penuh dengan benci. "Ya Tuhan....maafkanlah saya kerana dosa ini..."
3. Kita harus berdoa sehingga doa kita didengar Tuhan
4. Roh Kudus ialah Roh Tuhan yang hanya diberikan kepada mereka yang percaya kepada Yesus Kristus sehaja
5. Pembaptisan Roh Kudus boleh berlaku sebelum pembaptisan air.

Saturday, November 10, 2012

YESUS yang terulung

This short message is translated from the 4th Chapter of Edmund Chan's book "Growing deep in God" - Integrating theology & prayer.

"Ibrani 1:1-3 "Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai cara. Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya"

Yang paling penting di dalam Berita Baik adalah Yesus. Tanpa Yesus kita tidak dapat membawa doa kita kepada Bapa. Tanpa Yesus kita tidak dapat berada di sisi Bapa. Tanpa Yesus doa kita hanyalah kata-kata kosong yang tidak menpunyai kuasa lansung. Tanpa Yesus doa kita hanyalah aksi mekanikal sehaja.

Yesus dapat menunaikan 3 perkara penting di dalam hidup rohani kita:

1. Tuhan menjadi manusia seperti kita (Revelation)
2. Tuhan menjadi penyelamat kita (Restoration)
3. Tuhan menyatukan kita dengan diri-Nya sendiri (Reconciliation)

Dalam Perjanjian Lama (Old Testament) orang-orang Ibrani menganggap perkara-perkara berikut amat penting:

1. Perjanjian-perjanjian Tuhan (Covenants)
2. Tabut Perjanjian  (Tabernacle)
3. Korban-korban binatang (Sacrifices)

Di dalam Perjanjian Baru telah menjadi ketara bahawa ketiga-tiga perkara di atas telah muncul dalam Yesus Kristus di dalam buku Ibrani.

1. Yesus adalah Perjanjian Tuhan yang Terulung (Ultimate Covenant)

Perjanjian lama tidak mampu di taati manusia. Tetepi kemunculan Yesus Kristus dengan pembawaan perjanjian baru (New Covenant) dapat menolong kita mentaati perjanjian lama kerana pemberian kasih karunia-Nya yang melimpah-limpah. (Ibrani 8)

2. Yesus adalah Tabut Perjanjian yang tidak dibuat dengan tangan (Ultimate Tabernacle)

Perhubungan kita dengan Tuhan Allah dapat mencapai tahap yang lebih mendalam & erat kerana Yesus adalah Tabut Perjanjian Tuhan yang tidak dibuat dengan tangan manusia tetapi hanya dengan tangan Tuhan. Yesus di dalam kita & kita di dalam Yesus memastikan bahawa kita senantiasa bersama dengan Bapa. Yesus di dalam hati kita bermakna kita menjadi Tabut Perjanjian Tuhan yang terulung juga! (Ibrani 9)

3. Yesus adalah korban yang Terulung (Ultimate sacrifices)

Tak payahlah kita mengorbankan binatang-binatang supaya dapat mendekati Tuhan. Yesus adalah pengorbanan Tuhan yang terulung. (Ibrani 10) Tak payahlah kita mengorbankan binatang-binatang lagi sepertai dalam perjanjian lama kerana Yesus adalah pengorbananan Tuhan untuk segala dosa kita.

Jelaslah sekali bahawa perhubungan erat & rapat kami dengan Bapa hanyalah menjadi dengan adanya Yesus Kristus di dalam hidup kita.

Thursday, November 8, 2012

Tuhan mampu memberikan 'lebih-lebih lagi' (The God of the so much more)

The following series of messages will be summarized and translated from Edmund Chan's book of "Growing deeper in prayer". This book contains many precious lessons on prayer and aims to "integrate theology and prayer".

"Dalam Lukas 11:13 Yesus berkata kepada pengikut-Nya "Walaupun kamu jahat, kamu tahu memberikan apa yang baik kepada anak-anak kamu, lebih-lebih lagi Bapa di syarga! Dia akan memberikan Roh-Nya kepada mereka yang minta daripada Bapa!"

Dalam Lukas 11:1 pengikut-pengikut Yesus telah menanyakan-Nya tentang cara berdoa. Yesus telah memberikan ajaran tentang "Doa Tuhan" (the Lord's Prayer). Selain daripada itu Dia juga telah memceritakan tentang penting-Nya berdoa dengan penuh keberanian & ketabahan.

Tetapi yang paling menonjol sekali ialah ayat 13 di mana Yesus telah menceritakan tentang pentingnya peranan yang dimainkan oleh Roh Kudus semasa kita berdoa. Roh Kudus bukannya sesuatu formula, corak ataupun sesuatu teori. Dia merupakan Tuhan!

Dalam ayat ini Yesus menyebut tentang kuasa Tuhan yang dapat menolong kita berdoa dengan kuasa-Nya. Yesus sememangnya berkata kepada pengikut-pengikutNya "Roh Kudus bukan suatu corak berdoa. Dia adalah personaliti yang kamu perlu untuk betul-betul berdoa. Hanya Dialah seorang yang boleh memberikan kamu kuasa berdoa yang hebat!"

Tanpa pertolongan Roh Kudus untuk berdoa, doa-doa kita hanya merupakan kata-kata sehaja tetapi bila dikurnia Roh Kudus, doa-doa kita betul-betul merupakan doa yang didengari oleh Bapa Tuhan!

Jadi ajaran Yesus di sini ialah apakah yang paling "lebih-lebih lagi" (what is the 'so much more') yang Tuhan dapat berikan kepada kita?

Ia merupakan Roh Kudus yang datang daripada Bapa:

- kurniaan yang terutama
- kurniaan yang pertama yang harus kita minta daripada Bapa
- kurniaan yang paling membawa manfaat kepada kita
- kurniaan yang paling penting di dalam hidup kita ini
- tanpa pertolongan-Nya doa kita hanya merupakan kata-kata kosong
- dengan pertolongan-Nya segala doa kita pasti direstui Bapa!

Beginilah cara kita harus berdoa "Ya...Bapa Tuhan berikanlah kepada kami kuasa Roh-Mu yang dapat menolong kita berdoa dengan kuasa Tuhan yang hebat & berwibawa!"



Tuesday, November 6, 2012

Bagaimana hidup tanpa menderita - Yohanes 16:33

Yohanes 16:33 "Aku mengatakan semua ini supaya kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku. Di dunia kamu akan menderita, tetapi tabahkanlah hati kamu, kerana Aku sudah mengalahkan dunia!"

John 16:33 "I have told you all this so that you may have peace in me. Here on earth you will have many trials and sorrows. But take heart, because I have overcome the world" NLT

Bila membaca ayat ini, persoalan timbul di fikiran saya "Adakah dunia ini musuhku? Kenapa Yesus kata Dia telah mengalahkan dunia? Jika betul dunia ini musuhku maka ia harusnya dikalahkan seperti yang dikatakan Yesus dalam ayat ini"

Memang betul kata-kata Yesus. Dunia ini bagaikan "musuh" kerana masalah, kesusahan & penderitaan yang bermacam-macam.

Walaupun boleh dikatakan hidup saya dalam beberapa tahun kebelakangan ini bertambah baik kerana dapat menjelajah ke beberapa buah negara di Eropah, tetapi bila balik ke Malaysia - masalah tidak bertukar bentuk, masalah tetap masalah, susah tetapnya susah, derita tetapnya derita.

Apakah penderitaan hidup saya ini?

- menyara keluarga seorang diri dengan kos hidup yang meningkat naik
- menyara ibu saya yang uzur dengan elaun bulanan & kos ubat-ubatan
- kerja yang banyak tekanan
- di perli & di peras oleh pihak atasan samada di pejabat atau di luar pejabat
- semasa muda tidak berpeluang langsung menjaga anak-anak saya di rumah seperti seorang suri rumahtangga. Perkara ini amat menyakiti hati kerana keadaan kewangan tidak memberi saya peluang sebegini.
- di salah-fahami akibat kata-kata & perbuatan yang tidak disengajakan
- tekanan emosi kerana menerima layanan yang kurang adil berbanding dengan orang lain....

Mungkin banyak lagi yang boleh merupakan penderitaan hidup saya.

Tetapi setiap hari oleh kerana saya boleh bangun awal pada pukul 6 pagi, sempat membaca Kitab Suci, sempat berdoa & mendengar nyanyian lagu sembahan kepada Tuhan sebelum ke tempat kerja.....saya rasa seolah-olah saya berada selalu di pelukan & pangkuan Tuhan yang amat mengasihi & menyayangi saya.

Adakalanya saya rasa bahawa Dia amat memahami penderitaan saya dalam hidup ini....

Saat-saat itulah saya merasai kesejahteraan, keamanan & ketenangan jiwa yang amat mendalam. Ia semata-mata laut yang bergelora tiada lagi bergelora. Semuanya aman damai.

Hanya satu cara untuk memperolehinya....iaitu mencari pelukan Roh Kudus semasa membaca Kitab, berdoa & menyembahnya. Betapa pentingnya saat-saat bersama Roh Kudus setiap hari. Saya tidak dapat mengalahkan penderitaan dunia ini tanpa belaian & kasih sayangnya.

Terima kasih Bapa kerana cintamu yang melimpah-limpah & tiada bersyarat.

Hati saya ditabahkan setiap hari kerana Yesus telah berjaya mengalahkan dunia!

Amin.



Sunday, November 4, 2012

Melainkan dengan Roh-Ku - Zakharia 4:6

Dalam Bahasa Inggeris (New Living Translation), Zec 4:6 "Not by force, nor by strength but by My Spirit" says the Lord of Heaven's armies"

Dalam versi King James Baru - Zec 4:6 "Not by might, nor by power but by My Spirit" says the Lord of Hosts"

Dalam Berita Baik - Zkharia 4:6 "Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran Tuhan ini kepada Zerubabel, Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku"

Bila terfikir bahawa bulan ini ialah bulan perkhabaran Berita Baik, ayat di atas terus melayang di dalam fikiran.

Petang tadi saya ke kedai pendandan rambut dan juga singgah sebentar di kedai baju untuk melihat fesyen baru.

Ada juga melintas di fikiran saya untuk menjemput kawan saya, Cindy (pendandan rambut muda kacukan Cina & Filipina) ke jamuan makan petang Hari Krismas di Restoran. Saya terus berkata kepada Cindy "Harap Cindy boleh datang ke perayaan Krismas gereja kami pada Dis 23".

Cindy terus jawab "Sudah lama saya tak ke gereja kerana terpaksa kerja pada hari Ahad"

"Saya akan memberi jemputan nanti ya" jawab lah saya.

Sebenarnya saya melihat dengan penuh kasih sayang anak-anak muda yang bekerja di kedai pendandan rambut dekat dengan rumah saya itu. Alangkah baiknya kalau mereka dapat ke gereja setiap Ahad. Rehatlah pada hari Ahad supaya dapat ke gereja menyembah Tuhan!

Kemudiannya saya singgah sebentar di kedai baju untuk melihat fesyen baru. Pengurus kedai tersebut amat gembira untuk berjumpa dengan saya. Selepas membeli baju baru saya juga menjemputnya ke perayaan Krismas di restoran Six Happiness.

Tuanpunya kedai menjawab "Maaf sebab hari Ahad bisnes amat baik"

Selepas balik ke rumah saya juga terfikir percakapan saya tadi dengan Cindy dan bos kedai.

Memang betulnya ayat suci Zakharia 4:6. Tanpa Roh Allah, kekuatan saya sendiri malahan sebarang jemputan saya tidak membawa manfaat.

"Roh Allah tolong saya untuk menjemput kawan-kawan baru saya ke perayaan Hari Krismas di Restoran Six Happiness. Saya berdoa untuk Cindy dan bos kedai baju. Saya juga berdoa untuk Amy Too dan Miew Ling (2 kawan baik saya) agar mereka akan menjawab "Ya, saya akan datang ke jamuan makan petang Hari Krismas gereja kamu". Sememangnya Tuhan, saya mengaku bahawa kekuatan dan percakapan saya langsung tidak berguna tanpa pertolonganmu dan juga pertolongan malaikat-malaikatmu. Dalam Nama Yesus saya berdoa. Amen"

Saturday, November 3, 2012

Pemerintahan Allah

Yohanes 3:5-6

"Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan itu benar. Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah. Secara jasmani manusia dilahirkan daripada manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan daripada Roh Allah"

Memang benar kata-kata Yesus. Tanpa Roh Allah kami tidak mungkin menikmati kehidupan di mana kami tinggal di dalam kerajaan Allah dan di bawa naungan & wibawanya.

Semuanya akibat perbuatan Roh Allah yang maha kuasa, maha penyayang & maha wibawa. Manusia tidak mampu sama sekali menjamin Pemerintah Allah di dalam hidup mereka selagi aspek kerohanian tidak diendahkan.

Bolehlah saya cuba dengan sedaya upaya untuk menyibarkan perkhabaran berita baik tetapi tanpa Roh Allah bagaimanakah seseorang itu boleh menyedari bahawa dia telah sesat & berdosa?

Saya amat berterima kasih kerana diri sendiri telah menyedari hakikat berikut tetapi bagaimana dengan kawan-kawan saya di pejabat dan saudara saya di kampung?

"Roh Allah berilah kesedaran kepada mereka bahawa tanpaMu mereka tidak mungkin menikmati kehidupan kekal selepas mereka berpisah daripada dunia ini. Roh Allah sedarilah mereka bahawa pemerintahan Allah itu sesuatu yang bagaikan syurga di bumi. Kehidupan di bawah pemerintahan Allah adalah paling baik & bermanfaat di dunai ini. Selain daripada itu tiada lagi yang bermakna.....

Dalam nama Yesus, saya berdoa. Amen"

How to see God?

 
Holiness: Seeing God

By Asher Intrater
 
Holiness is the pure and perfect character of God. He is so holy, that He is actually "Holy, Holy, Holy (Isaiah 6:2)." Isaiah saw Him in that holiness. "My eyes have seen the King (Isaiah 6:5)." While we cannot attain that level of holiness, He does demand us to become holy like Him. "Be holy for I am holy (Leviticus 19:2)".
 
To be holy we must put a distance between ourselves and the influences in society which encourage immorality (I Thessalonians 4:3, Numbers 15:39-40, Job 31:1). Because of the increased technology in the arts and entertainment, advertising and media, there is a flood of lustful imagery today unknown to any previous generation.
 
The human heart has the ability to see spiritual things (John 3:3). We have spiritual "eyes" (Ephesians 1:18, Acts 26:18). When pictures of lust fill our imagination, we cannot see the things of the kingdom of God. Purity of heart enables us to see God (Matthew 5:8). Without holiness we cannot see God - "Holiness, without which no one will see the Lord (Hebrews 12:14)." If without holiness we cannot see God, then with holiness we can.
 
Holiness is a means to see God. The purpose and motivation to be holy is to see Him. Holiness is simply looking in the right direction. What Isaiah saw in chapter 6 is promised to us all in chapter 33. "Your eyes will see the King in His beauty (Isaiah 33:17)." Holiness is the ability to see God's beauty; it is the desire of our hearts to focus our attention on Him. Let's not let lust rob us of such a beautiful vision.
 
Note: This message is not written by me but by Asher Intrater, one of the writers of the website called "Revive Israel". I learn a lot from reading his short devotionals.