Sunday, November 4, 2012

Melainkan dengan Roh-Ku - Zakharia 4:6

Dalam Bahasa Inggeris (New Living Translation), Zec 4:6 "Not by force, nor by strength but by My Spirit" says the Lord of Heaven's armies"

Dalam versi King James Baru - Zec 4:6 "Not by might, nor by power but by My Spirit" says the Lord of Hosts"

Dalam Berita Baik - Zkharia 4:6 "Malaikat itu menyuruh aku menyampaikan perkhabaran Tuhan ini kepada Zerubabel, Engkau akan berjaya bukan dengan kekuatan tentera ataupun kekuatanmu sendiri, melainkan dengan Roh-Ku"

Bila terfikir bahawa bulan ini ialah bulan perkhabaran Berita Baik, ayat di atas terus melayang di dalam fikiran.

Petang tadi saya ke kedai pendandan rambut dan juga singgah sebentar di kedai baju untuk melihat fesyen baru.

Ada juga melintas di fikiran saya untuk menjemput kawan saya, Cindy (pendandan rambut muda kacukan Cina & Filipina) ke jamuan makan petang Hari Krismas di Restoran. Saya terus berkata kepada Cindy "Harap Cindy boleh datang ke perayaan Krismas gereja kami pada Dis 23".

Cindy terus jawab "Sudah lama saya tak ke gereja kerana terpaksa kerja pada hari Ahad"

"Saya akan memberi jemputan nanti ya" jawab lah saya.

Sebenarnya saya melihat dengan penuh kasih sayang anak-anak muda yang bekerja di kedai pendandan rambut dekat dengan rumah saya itu. Alangkah baiknya kalau mereka dapat ke gereja setiap Ahad. Rehatlah pada hari Ahad supaya dapat ke gereja menyembah Tuhan!

Kemudiannya saya singgah sebentar di kedai baju untuk melihat fesyen baru. Pengurus kedai tersebut amat gembira untuk berjumpa dengan saya. Selepas membeli baju baru saya juga menjemputnya ke perayaan Krismas di restoran Six Happiness.

Tuanpunya kedai menjawab "Maaf sebab hari Ahad bisnes amat baik"

Selepas balik ke rumah saya juga terfikir percakapan saya tadi dengan Cindy dan bos kedai.

Memang betulnya ayat suci Zakharia 4:6. Tanpa Roh Allah, kekuatan saya sendiri malahan sebarang jemputan saya tidak membawa manfaat.

"Roh Allah tolong saya untuk menjemput kawan-kawan baru saya ke perayaan Hari Krismas di Restoran Six Happiness. Saya berdoa untuk Cindy dan bos kedai baju. Saya juga berdoa untuk Amy Too dan Miew Ling (2 kawan baik saya) agar mereka akan menjawab "Ya, saya akan datang ke jamuan makan petang Hari Krismas gereja kamu". Sememangnya Tuhan, saya mengaku bahawa kekuatan dan percakapan saya langsung tidak berguna tanpa pertolonganmu dan juga pertolongan malaikat-malaikatmu. Dalam Nama Yesus saya berdoa. Amen"

No comments:

Post a Comment