Saturday, November 3, 2012

Pemerintahan Allah

Yohanes 3:5-6

"Yesus menjawab, "Apa yang Aku katakan itu benar. Tidak mungkin seorang pun menikmati Pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan daripada air dan daripada Roh Allah. Secara jasmani manusia dilahirkan daripada manusia, tetapi secara rohani manusia dilahirkan daripada Roh Allah"

Memang benar kata-kata Yesus. Tanpa Roh Allah kami tidak mungkin menikmati kehidupan di mana kami tinggal di dalam kerajaan Allah dan di bawa naungan & wibawanya.

Semuanya akibat perbuatan Roh Allah yang maha kuasa, maha penyayang & maha wibawa. Manusia tidak mampu sama sekali menjamin Pemerintah Allah di dalam hidup mereka selagi aspek kerohanian tidak diendahkan.

Bolehlah saya cuba dengan sedaya upaya untuk menyibarkan perkhabaran berita baik tetapi tanpa Roh Allah bagaimanakah seseorang itu boleh menyedari bahawa dia telah sesat & berdosa?

Saya amat berterima kasih kerana diri sendiri telah menyedari hakikat berikut tetapi bagaimana dengan kawan-kawan saya di pejabat dan saudara saya di kampung?

"Roh Allah berilah kesedaran kepada mereka bahawa tanpaMu mereka tidak mungkin menikmati kehidupan kekal selepas mereka berpisah daripada dunia ini. Roh Allah sedarilah mereka bahawa pemerintahan Allah itu sesuatu yang bagaikan syurga di bumi. Kehidupan di bawah pemerintahan Allah adalah paling baik & bermanfaat di dunai ini. Selain daripada itu tiada lagi yang bermakna.....

Dalam nama Yesus, saya berdoa. Amen"

No comments:

Post a Comment