Lukas 11:5-7 "Yesus berkata kepada pengikut-pengikutNya, Seandainya seorang daripada kamu pergi ke rumah kawannya pada tengah malam, lalu berkata, 'Hai kawan, pinjami aku tiga ketul roti, kerana sahabatku yang sedang dalam perjalanan singgah di rumah, dan aku tidak menpunyai makanan untuk dia! Seandainya kawanmu itu menjawab dari dalam, 'Janganlah susahkan aku! Pintu sudah di kunci dan aku dengan anak-anak sudah tidur. Aku tidak dapat bangun dan memberikan apa-apa kepada kamu'
Ayat 8 - "Yesus berkata, 'Lalu bagaimana? Ketahuilah, meskipun kamu kawannya, dia tidak mahu bangun dan memberikan roti kepada kamu. Tetapi kerana kamu tidak segan untuk terus-menerus meminta, dia akan bangun lalu memberikan apa sahaja yang kamu perlukan"
Cerita tentang doa ini agak menarik. Apakah rasanya tujuan Yesus menceritakan cerita sebegini berkenaan doa?
Empat prinsip menonjol dari dalam cerita ini:
1. Berdoa dengan tidak segan - bila di khalayak ramai adakalanya kita ini segan bercakap & segan berinteraksi tetapi biar jangan kita segan bila di depan Tuhan semasa berdoa.
2. Berdoa dengan terus menerus - berapa kali diminitanya roti? Kita tidak diberitahu. Tetapi nampaknya permintaan untuk roti bukan sehaja dibuat satu kali tetapi banyak kali sehingga kawannya terpaksa bangun untuk menunaikan permintaaannya.
3. Berdoa dengan khusus - kawan ini meminta 3 ketul roti. Berapa yang kita akan minta daripada Tuhan untuk orang-orang yang belum mengenal Yesus?
4. Berdoa bila-bila masa - kawan ini datang pada waktu malam. Sanggupkah kita ini berdoa sampai berlarutan malam?
No comments:
Post a Comment