Monday, August 26, 2013

Kerendahan hati hamba Allah

"The humility of a servant's heart"

This message has been loosely translated from "Effective leadership requires the right attitude" (Scott Chambers) for our mission trip. "Loosely"is because I could not find many equivalent words in Bahasa Malaysia.


Kerendahan hati hamba Allah
Filippi 2:5 “ Hendaklah kalian berjiwa seperti Yesus Kristus:

2:6 Pada dasarnya Ia sama dengan Allah, tetapi Ia tidak merasa bahwa keadaan-Nya yang ilahi itu harus dipertahankan-Nya.

2:7 Sebaliknya, Ia melepaskan semuanya lalu menjadi sama seperti seorang hamba. Ia menjadi seperti manusia, dan nampak hidup seperti manusia.

2:8 Ia merendahkan diri, dan hidup dengan taat kepada Allah sampai mati--yaitu mati disalib.

2:9 Sebab itulah Allah mengangkat Dia setinggi-tingginya, serta memberikan kepada-Nya kekuasaan yang lebih besar daripada segala kekuasaan yang lain.”

Oleh kerana kami berkhidmat sebagai hamba Allah di tempat ibadat
 maka kita akan mengalami pelbagai masalah terutamanya bila berhubungan dengan adik beradik kita dalam nama Yesus.

Agaklah susah untuk hamba Allah mengakui kelemahan dirinya. 

Maka inilah permulaan perasaan rendah diri kita yang merupakan 

kualiti atau ciri penting seorang hamba Allah.

Seorang hamba Tuhan bukan ‘boss’ tetapi seorang ‘hamba’.

Kerendahan diri melibatkan:

1.     Pengawalan pemikiran & emosi

Paulus dalam penulisannya memperingati kita bahawa seorang 

Kristian harus mengawal perasaan dan pemikirannya. 

Terumatanya kita harus menyedari bahawa pikiran kita boleh di 

bawah kuasai Roh Kudus.

Roma 8:6 “Kalau pikiranmu dikuasai oleh tabiat manusia, maka 

akibatnya kematian. Tetapi kalau pikiranmu dikuasai oleh Roh 

Allah, maka akibatnya ialah hidup dan kedamaian dengan Allah.”

Gal 5:22 dan Matius 26:38-40 (baca)

Bincang: Bagaimanakah kita dapat mengawal pemikiran dan 

emosi kita dengan pertolongan Roh Kudus?

2.     Pengakuan kelemahan diri

Kerendahan diri ertinya kita dapat mengakui kelemahan diri kita.  

Kerendahan diri juga melibatkan tabiat sanggup bekerjasama 

dengan rakan hamba Allah yang lain.

Bincang: Apakah kelemahan kamu? Bagaimanakah kamu dapat 

mengatasinya?

3.     Pelayanan orang lain

Markus 10:45 “Sebab Anak Manusia pun tidak datang untuk

dilayani. Ia datang untuk melayani dan untuk menyerahkan nyawa-

Nya untuk membebaskan banyak orang."

Dia sanggup melayani orang lain walau betapapun susah keadaannya.

Dia bukan sehaja melayani melalui percakapan tetapi juga melayani

melalui perbuatan. Apa yang dimintanya orang lain buat Dia 

sanggup juga buatnya sendiri.

Bincang: Satu ketika di mana kamu telah melayani orang lain walaupun keadaan kamu agak susah.

4.     Pematuhan kepada Allah Bapa

Yesus sebagai contoh yang terbaik sanggup mematuhi Allah Bapa 

sampai kematian di salib.

Kematiannya bukan sebarang kematian tetapi kematian dan 

kebangkitannya adalah untuk membebaskan kita daripada dosa-dosa kita. 

Oleh kerana dosa, kita seharusnya menerima hukuman mati iaitu perpisahan dari Tuhan untuk selama-lamanya.

Yesus sanggup mematuhi kehendak Tuhan demi membebaskan manusia. Walaupun Dia Anak Tuhan yang Tunggal Dia sanggup disalibkan. Kematian di salib merupakan kematian yang paling keji unuk orang Roma. Untuk orang –orang Yahudi pula, kematian melalui salib ialah kematian yang paling dikutuki.

Hukuman di salib tidak dijatuhi ke atas orang Roma tetapi untuk 

rakyat yang bukan Roma sehaja dan untuk penjenayah-penjenayah

yang paling teruk sehaja.

Bincang: Satu ketika di mana kamu teleh mematuhi perintah Allah walaupun emosi kamu tidak ingin berbuat demikian.

5.     Pelayanan dari hati yang ikhlas

Sikap rendah hati akan di lihat melalui pelayanan dari hati yang

ikhlas. Bukan sekadar cakap-cakap saja tetapi melalui aksi 

perbuatan dan pelayanan diri yang bersungguh-sungguh.

Cara dan gaya hidup kita harus dicontohi pengikut-pengikut kita.

Seorang hamba Allah merupakah contoh atau role model untuk 

orang lain. Kita akan di perhatikan dan diikuti oleh orang lain.

Kita harus melayani semua orang sama rata dan jangan memilih kasih.

Segala perbuatan kita hendaklah bertujuan untuk memberi 

kehormatan dan kemegahan kepada Tuhan. Dalam menjalankan

tugasan kita, kita harus memberi keutamaan kepada Yesus dan setia
kepada misi kita sebagai hamba Allah.

Bincang: Cara bagaimanakah kamu dapat mengekalkan hati yang ikhlas?

6.     Penampilan positif dan ceria

Yesus menpunyai misi yang amat penting iaitu untuk 

menyelamatkan umat manusia dari dosa kita. Yesus tidak pernah 

menyelewang dari matlamat ini sepanjang hidupnya.

Yesus bukan seorang yang muram atau suka bercakap perkataan-perkataan negative.

Dia bukan seorang yang murung atau suka merungut.

Dia penuh kasih saying terhadap semua orang. 

Penampilannya selalu ceria dan positif dan suka menolong orang 

lain terumatanya berdoa untuk mereka yang berpenyakit.

Seorang hamba Allah boleh memberi motivasi yang baik kepada 

orang lain untuk membuat pelayanan Tuhan dengan gembira dan 

sukarela. Mereka akan rasa diri mereka tidak dipaksa sesiapa. 

Malahan pelayanan mereka adalah dengan hati yang penuh keriaan.

Cerita Abraham Lincoln boleh memberi pengajaran kepada kita. 

Terdapat seorang ketua tentera di AS semasa waktu peperangan 

yang menganggap dirinya seorang jeneral yang dasyat dan handal.

Gelaran Jen George McClellan adalah “Napolean Muda”. 

Dia amat suka gelaran tersebut dan merasa dirinya amat besar dan 

megah. Walaubagaimanapun kejayaannya di bidang peperangan 

tidak memuaskan langsung. Abraham Lincoln terpaksa membuat 

perjumpaan dengannya berkenaan prestasi kerjayanya.

Abraham Lincoln amat terkejut didapati Jen George tiada di rumah pada masa kedatangannya malahan Jen George sedang menghadiri sebuah jamuan perkhawinan.

Abraham Lincoln membuat keputusan untuk menunggu Jen 

George. Sejam kemudian Jen tersebut telah balik ke rumah. Tanpa 

menghiraukan Abraham Lincoln, Jen George terus ke bilik 

tidurnya. 

Setengah jam kemudiannya Abraham Lincoln telah menghantar 

orang gajinya untuk memanggil Jen tersebut tetapi terus didapati sidia telahpun tidur terus!

Abraham Lincoln dengan penuh kesabaran telah balik ke rumahnya dengan kata-kata berikut “Saya sanggup memegang kuda McClellan demi memenangi peperangan untuk kita dan mencapai kemenangan”!

Inilah kerendahan hati Abraham Lincoln yang telah 

memasyurkannya. Inilah tabiatnya yang telah menjadikannya 

seorang presiden yang terbaik di AS. 

Dia tidak memikirkan dirinya tetapi memikirkan kemenangan negaranya.

Bincang: Adakah kita mengalami sesuatu kejadian atau tekanan emosi yang telah menyebabkan kehilangan keceriaan dan sikap positif kita?

Marilah kita berdoa untuk satu sama lain.





No comments:

Post a Comment