Monday, December 24, 2012

Sentiasa berdoa, jangan putus asa

Perumpamaan balu yang selalu datang ke hakim untuk memohon keadilan menpunyai banyak pelajaran.

1. Jangan putus asa, berdoa sentiasa

Lukas 18: 1 "Kemudian Yesus menceritakan perumpamaan ini untuk mengajar pengikut-pengikutNya supaya sentiasa berdoa dan tidak putus asa"

Dengan penat lelahnya kami sudah berdoa untuk perayaan Krismas di gereja. Walaupun 20 orang menerima Yesus  sebagai penyelamat (syukur kepada Tuhan), saya percaya bahawa kami tidak harus berhenti berdoa untuk mereka yang tidak menyambutNya pada hari tersebut. Kami akan terus berdoa & jangan putus asa kerana ratusan orang yang belum lagi menaikkan tangan untuk menerima Yesus.

2. Hati seorang balu

Lukas 18:2-3 "Yesus berkata "Di sebuah kota ada seorang hakim yang tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun". Di kota itu juga ada seorang balu yang datang kepada hakim itu untuk memohon supaya perkaranya dibela. 'Tolong saya menghadapi lawan saya,' kata balu itu."

Jelaslah bahawa orang yang tinggal di kota harus menpunyai hati seorang 'balu' iaitu orang yang tidak menpunyai sebarang pangkal pertolongan ataupun sebarang saudaramara yang boleh menolongnya. Itulah sebabnya, balu tersebut mencari hakim untuk membelanya sepertimana kita mencari Tuhan untuk membela kita. Adakalanya hidup di kota serba ada. Sebarang pertolongan tidak diperlukan. Seseorang itu boleh serba berdikari. Tetapi orang-orang kota haruslah melemparkan diri dengan spenuhnya ke sisi Tuhan untuk mencari pertolongan.

3. Hadapi seorang lawan

Juga di kota pasti terdapat banyak 'lawan', banyak orang yang mampu menimbulkan masalah untuk kita. Sepertimana saya menghadapi banyak 'lawan' di kota di pejabat saya. Setiap hari masalah akan timbul, setiap hari 'lawan' akan menjelma.

Sentiasa berdoa, jangan putus asa.....

No comments:

Post a Comment