Lukas 18:1-8. Bila membaca perumpamaan ini maka terlintaslah di fikiran saya tentang cerita yang menarik berkenaan dengan doa Abraham yang tidak putus asa. Doa Abraham mampu 'menukar' rancangan Tuhan, pihak yang betul-betul berkuasa...
5. Doa yang mampu 'menukar' rancangan Tuhan
Kegigihan doa kita yang tidak putus asa mampu menukar hati seorang hakim yang degil dan yang tidak peduli sesiapapun!
Apatah lagi Tuhan kita yang amat penyayang yang amat pedulikan kita. Bolehkah kita menukar rancangan Tuhan? Memang boleh terutamanya jikalau penukaran rancangan itu dapat membawa kepada kesudahan yang dapat menyelamatkan nyawa!
Kejadian 18: 24 - 33 Abraham berdoa sebanyak 6 kali untuk menyelamatkan kota Sodom. Abraham terus menerus berdoa & tidak putus asa mengemukakan permintaannya kepada Tuhan untuk menyelamatkan keluarga saudaranya, Lot.
Permintaan kali pertamanya Tuhan bersetuju untuk menyelamatkan 50 orang yang tidak bersalah (Kejadian 18:26)
Kemudian jumlah dikurangkan kepada 45 orang (Ayat 28). Ini berlaku selepas Abraham tidak berhenti-henti membuat permintaan kepada Tuhan yang berkuasa.
Kejadian 18: 27 "Abraham berkata lagi, "Ampunkanlah kelancanganku kerana tidak henti-henti bercakap kepada-Mu, ya Tuhan".
Ini merupakan doa yang tidak putus asa (contoh klasik)!
Kali ketiganya, Abraham terus menerus berdoa & tidak putus asa. Kejadian 18:29 "Abraham berkata lagi, "Mungkin hanya terdapat 40 orang." Tuhan menjawab, "Aku tidak akan memusnahnya jika aku mendapati 40 orang."
Kali keempatnya, Abraham takut bahawa Tuhan akan murka tetapi dia terus menerus berdoa "Ya, Tuhan, janganlah murka jika aku bercakap lagi. Bagaimana pula jika terdapat hanya tiga puluh orang?"
Adakah Tuhan murka dengan permintaan yang keempat? Tentunya tidak kerana jawapanNya jelas "Tuhan berfirman, "Aku tidak akan melakukannya jika Aku mendapati 30 orang" (Kejadian 18:30)
Memang Tuhan kita lain daripada yang lain. Memang Tuhan kita bukannya seorang hakim yang tidak pedulikan orang! Tuhan kita amat penyayang!
Kali kelimanya, Abraham terus berdoa & tidak putus asa "Ampunkanlah kelancanganku kerana tidak henti-henti bercakap kepada-Mu, ya Tuhan. Bagaimana jika hanya ada 20 orang?" Jawapan Tuhan "Aku tidak akan memusnahkan kota itu jika Aku mendapati hanya 20 orang" (Kejadian 18:31)
Akhir sekali, Abraham terus berdoa "Bagaimana pula jika terdapat hanya sepuluh orang?"
Kejadian 18:32, Tuhan bersetuju dengan permintaan Abraham.
Doa yang sentiasa & tidak putus asa dapat 'menukar' racangan Tuhan & menyelamatkan Lot & nyawa keluarganya.
No comments:
Post a Comment