Friday, December 7, 2012

Ratu Syeba di kalangan saya!

Cerita bagaimana Ratu Syeba mendengar kebijaksanaan & kegemilangan Raja Salomo merupakan satu perkara yang amat menarik.

Cerita malang anak muda

Pada hari jumaat yang lalu saya ada terima soalan yang amat susah daripada sesuatu cawangan bank saya. 

Cawangan saya ada menceritakan bahawa terdapat seorang anak muda yang datang dengan surat kuasa ibubapanya untuk membuka peti simpanan ibubapanya di cawangan tersebut. Masalahnya ialah umur pemuda itu hanya 15 tahun sehaja! Menurut undang-undang pemuda di bawah 18 tahun tidak boleh berkontrak lansung dengan pihak bank.

Pengurus cawangan enggan membenarkan anak muda ini membuka peti simpanan tersebut kerana takut bahawa ini akan melanggar undang-undang. Maka soalan ini ditujukan kepada saya selaku peguam bank untuk menjawab!

Soalan ini dirumitkan lagi kerana ibubapa anak muda ini telah ditangkap polis dan di penjarakan kerana telah membunuh pekerja Indonesia mereka! Tiada siapa di pejabat utama bank saya (head office) berani menjawab soalan semacam ini. Jadi soalan ini pula ditujukan kepada saya pula!

Kebijaksanaan & kepandaian Roh Kudus

Saya amat berterima kasih kepada Yesus Kristus kerana memberi saya jawapan yang berpatutan kepada soalan ini. Jawapan saya bukan dari segi undang-undang sebab kalau dari segi undang-undang, permintaan anak muda ini harus di tolak kerana umurnya di bawah 18 tahun.

Jawapan saya:

"Kalau timbul masalah selepas anak muda ini membuka peti simpanannya ibubapanya, siapa yang akan paling marah pihak bank? Tentunya ayahanda & bondanya. Jadi untuk selesaikan masalah ini, pergilah ke penjara bersama dengan budak ini, jumpalah kedua-dua ayah & ibunya, ambillah tandatangan mereka! Adakalanya kita tidak boleh ikut undang-undang dengan membuta sehaja. Bukankah kita harus menjadi bank yang berperikemanusiaan?"

Selepas saya menekan "Sent"....senyaplah cawangan saya. 

Roh Kudus telah memberi saya suatu pengajaran dalam hal ini. Kebijaksanaan yang ada pada kita datangnya terus daripada Roh Kudus. Dia mampu menolong kita menyelesaikan segala persoalan yang paling susah.

Tiada yang susah bagiNya, tiada yang rumit bagiNya, tiada jalan buntu, tiada soalan yang tidak boleh dijawabNya, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikanNya!

Ratu Syeba di kalangan saya

Saya juga sedari bahawa dalam bank saya terdapat banyak 'Ratu Syeba'. 

Sebagaimana Ratu Syeba yang datang ke kerajaan Salomo untuk melihat kekayaan & menguji kebijaksanaannya, maka 'Ratu Syeba' di pejabat saya selalu mencari kesempatan untuk menguji saya dengan soalan-soalan yang susah. 

Persoalan rumit

Adakalanya mereka suka mengemukakan persoalan yang menimbulkan isu-isu moral yang mereka sendiri enggan menjawab.

Persoalan-persoalan seperti ini langsung tiada kaitan dengan undang-undang cuma mereka takut membuat keputusan yang nampaknya tidak berhati perut! 

Tuhan Yesus berkata


Tuhan Yesus telah berkata kepada saya pagi ini semasa berdoa:

"Kamu adalah sebagai Salomo di pejabat kamu. Bila kamu memberi jawapan yang bijak & manasabah, 'Ratu Syeba' di syarikat kamu akan merasa terharu dan akan memuji namaKu. Ini adalah kerana mereka tahu bahawa kamu seorang yang suka berdoa & takuti Allah!"

Ya....memang betul kata-kata Yesus. Saya selalu berdoa (pagi & petang) bila ada peluang agar kebijaksanaan/kepandaian Yesus akan selalu bersama saya dalam hal-hal kerja saya!

Biarlah 'Ratu Syeba' di syarikat saya dapat bercakap sedemikian selepas mendengar nasihat-nasihat saya...

"Terpujilah TUHAN Allah tuanku! Dia telah menunjukkan bahawa Dia berkenan kepada tuanku dengan menjadikan tuanku raja untuk memerintah atas namaNya. Oleh sebab Dia mengasihi umatNya Israel dan mahu memelihara mereka selama-lamanya, Dia telah menjadikan tuanku raja mereka, supaya tuanku dapat menegakkan hukum dan keadilan

2 Taw 9:8




No comments:

Post a Comment