Lukas 18: 4 - 5...bersambung..
4. Doa yang 'menganggu' & 'menyusahkan'
Doa kita boleh jadi sesuatu yang 'menganggu' & 'menyusahkan' dari segi yang baik.
Sepertimana balu tersebut terus berdoa & memohon pertolongan daripada hakim yang yang tidak takut akan Allah, Yesus inginkan kita berdoa senantiasa sehingga boleh dikatakan bahawa kita 'menggangu' & 'menyusahkan' Tuhan.
Tuhan bagaikan hakim di dalam cerita ini tetapi hakim yang baik. Jikalau hakim yang tidak baik boleh dipengaruhi doa yang tidak berhenti-henti, apatah lagi Tuhan kita yang amat baik terhadap kita.
Tuhan yang baik terhadap kita menjemput kita supaya 'menganggu' & 'menyusahkan' Nya dengan doa kita yang senantiasa & selalu!
Lukas 18: 4-5 "Sudah lama hakim itu tidak mahu menolong balu itu, tetapi akhirnya hakim itu berkata dalam hati, "Sungguhpun aku tidak takut akan Allah dan tidak peduli akan sesiapa pun, tetapi kerana balu ini terus menganggu aku, biarlah aku membela perkaranya. Jika tidak, dia akan terus menerus datang dan meyusahkan aku!"
No comments:
Post a Comment