Sunday, January 27, 2013

Doa yang menyenangkan hati Tuhan

Sambungan...

Lukas 18: 1-8  Perumpamaan balu yang berdoa dengan tidak berhenti-henti.

Apakah pandangan Yesus tentang doa yang tidak terhenti-henti?

Adakah ia sesuatu yang mengacau atau yang tidak disukai Tuhan?

Di sebaliknya TIDAK! Tuhan Yesus amat pentingkan doa yang terus menerus & tidak terhenti-henti!

Ayat 8 "Percayalah, Allah akan membela mereka dengan segera! Tetapi adakah Anak Manusia akan menjumpai orang yang percaya kepada-Nya di bumi ini, apabila Dia datang?"

Kepercayaan tentang kewujudan Tuhan merupakan iman kita terhadap Tuhan!

Yesus menyamakan doa yang terus menerus & tidak terhenti henti itu sebagai sesuatu yang amat penting kepada-Nya!

Malah Dia kata bahawa doa jenis ini:

1. hendaklah berterusan sehingga Dia datang sekali lagi di bumi ini
2. merupakan kepercayaan atau iman kita tentang kewujudan-Nya
3. jawapan kepada doa sebegini adalah sesuatu kepastian.

Ibrani 11:6 "Tanpa iman, tidak seorang pun dapat meyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah anugerahi orang yang mencari-Nya"

No comments:

Post a Comment