Layanilah Tuhan seperti kawan baik kita. Ciri-ciri seseorang kawan baik:
1. Mendengar nasihat & menerima bimbingan
Seorang kawan baik akan sayangkan kita tanpa keraguan. Kasih sayang seorang kawan baik dapat menolong kita mengubah perangai dan sikap kita. Dia saling meluangkan masa untuk mendengar segala masalah kita dan memberi nasihat kepada kita apabila perlu.Hanya Tuhan sehaja yang boleh menolong kita mengatasi segala kelemahan kita. Nasihat Dia sahaja yang dapat membawa manfaat. Bagaimana kita dapat menerima nasihat Tuhan? Dengan membaca ayat-ayat suci yang penuh dengan pengajaran
2. Masa bersama
Untuk menjadi kawan baik seseorang kita harus meluangkan bersama dengannya. Untuk mengenali Tuhan kita juga harus meluangkan masa bersamanya selama mana yang boleh.
3. Mengembirakan Tuhan
Cara untuk menjadi kawan baik seorang ialah membuat perkara yang memgembirakan seseorang. Perkara yang paling mengembirakan Tuhan ialah apabila kita membaca Kitab dan berdoa kepadanya. Juga Tuhan akan bergembira jika kita menghadiri jemaah dan menyanyi lagu-lagu pujian kepadanya.
4. Berkongsi rahsia
Contoh kawan baik Tuhan - Abram
Abram merupakan kawan baik Tuhan. Yesaya 41:8 Tuhan mengelarnya "Kawan saya".
Yakub 2:23 "..dia digelar kawan Tuhan"
2 Tawarikh 20:7 Raja Jehoshaphat menyebut Abram sebagai "Kawan Tuhan"
Sebelum Tuhan memutuskan untuk menghakimi Sodom dan Gomorrah, Dia telah memberitahu Abram rancangannya. Kejadian 18:17
Abram terus mendekati Tuhan dan merayu bagi pihak Sodom dan Gomorrah kerana saudaranya Lot tinggal dekat dengan bandar-bandar tersebut. Abram dapat membuat demikian oleh kerana persahabatannya yang erat dengan Tuhan. Oleh kerana persahabatannya yang begitu erat dengan Tuhan Abram dapat menyelamatkan 10 orang keluarga Lot.
Pengajaran:
- Doa itu memang sesuatu yang senang. Ia seperti menjalinkan persahabatan dengan kawan baik kita.
- Kita akan selalu berkongsi cerita hidup and segala peristiwa-peristiwa di dalam hidup kita biarpun baik atau buruk.
- Jika kita ingin menjadi kawan baik Tuhan kita harus melakukan perkara yang paling disukainya iaitu meluangkan masa bersamanya. Ceritalah segala benda-benda dan perkara-perkara yang berlaku setiap hari kepadanya semasa berdoa.
- Bacalah ajaran-ajaranya dengan tekun. Patuhilah ajaran-ajarannya dengan segala keihlasan hati.
Akan diteruskan....
No comments:
Post a Comment